ni lah ropenye triffle yg simple itew |
Ingredients
Bekas triffle:Bekas kaca lutsinar besar atau 10 dessert cups
Custard pudding:
400ml susu sejat/evaporated milk/creamer (1 tin)
400ml air (guna tin susu tadi)
8 sudu besar gula (xkesah: kasar/halus/kastor)
2 kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
secubit garam (untuk rasa lemak2, siyes)
1 1/2 sudu besar esen vanilla
Crystal Jelly:
sekotak serbuk jelly kristal perisa strawberi (Nona's/Konyaku's)
1 sudu besar gula
2 gelas air
pewarna sirap/merah (aku letak cordial Roselle instead)
Untuk tabur-taburan:
roll cake atau sebarang kek yg ada
2 bekas kecil nata de coco
1 tin kecil fruit cocktail
whipping cream
1 tin besar slices of peaches
any striking colored fruits: strawberry / dragon fruit / kiwi / grapes
Steps:
1. Potong kek gulung dan letak di dasar bekas triffle2. Basahkan kek dengan air nata de coco atau air fruit coctail (used nata de coco mango flavored - syedap)
3. Custard pudding:
---Sediakan periuk kecil
---Masukkan semua bahan kecuali esen vanilla, pukul sampai adunan berbuih tanpa api
---Pastu baru letak atas dapur. Panaskan dengan api perlahan dalam 1/2 jam kot, sentiasa kacau
---Dah pekat, biar sejuk sebentar
---Tuang atas kek yang dibasahkan tadi
---Tunggu dalam 10minit
4. Masukkan nata de coco/fruit coctail
---Biar dalam peti sejuk lebih kurang 15-30minit
5. Jelly:
---Campur semua bahan, kacau atas api perlahan sampai gula hancur & adunan likat
---Bila jelly dah suam-suam kuku, tuang atas nata/cocktail tadi
---Biar dalam peti sejuk semalaman
6. esoknya, press the whipping cream ('press' as i used the one for Milo shake tu) [ini optional]
7. Hias dengan buah2 pilihan - peaches, strawberries, dragon fruit, grapes, kiwis, or even dried fruits.
....(can u believe it there're no strawberries in tesco&carrefour at that time?licin ok kt rak dia. nmpak lak dragon fruits, so amik try sat sbb warnanya yg menyerlah itu)...
hasilnya:
credit to asiah for the loves; literally. dia mmg suka buat mende2 arts cnggini (habis arts dh tu asiah?) |
satu ja triffle yg sempat diabadikan sblm dibaham |
*gambar akan di upload sejurus selepas majlis berakhir (erk. kantoi ngelat time org bz. ok daaaaaaa nnti bising plak mommy ai bletiaq) [dh upload pon]
*self note: next time bley try letak jelly dulu before puding kastard, jelly guna 2 peket, dan guna oreo ganti kek
No comments:
Post a Comment